Inferens Awal
12:30 AM
Salam,
Tetiba je rasa nak post update pasal raya. Mood mood nak masuk U memang pelik kan. Kita akan ada syndrom yang xleh dikawal, contohnya menaip entri lebih dari satu kali dalam sehari? Ok aku mengaku syndrom tuh aku yang cipta. Huhuhu.
Aku tak pasti apa feel raya aku tahun ne, sampai makna raya tuh aku sendiri susah nak tafsirkan sebagai apa. Dua hari lepas, aku tgk Forum Remaja kat tv satu, ustaz yang jadi ahli panel tuh kata, orang yang berhak beraya ne, yang berhak berasa gembira di pagi raya ne orang yang taat segala perintahNya masa Ramadhan.
Kelainan yang aku rasa kat sini, aku lebih rindukan Ramadhan berbanding Syawal. Sebabnya, aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Mungkin korang faham kot, sila buat inferens awal key sebab sat lagi aku cuba nak luahkan. Seh, macam entry emo pulak.
Masa dulu-dulu masa arwah nenek aku masih ada raya best tau. Raya pertama, kedua dan ketiga siok sakan lah takleh lupa punya, 1 rombongan keluarga pergi beraya jauh-jauh. Sekarang nak harapkan rombongan macam rombongan takleh diharap. Eh? Betul ke ayat aku ne? Aku syoklah sebab belah kuarga mak aku non muslim, jadi balik beraya tuh satu destinasi je.
Dulu, masa kecik-kecik, tak payah masuk dapur, main bunga api malam-malam kat luar, kalau dah abis bungga api kami bantai, masuk dalam on tv tgok movie hantu, segala pocong melayu, pocong cina suma kuar. Eish, meremang pulak bulu tulis entri ne malam-malam nasib on lampu (uish, ketara penakut).
Bila dah besar ne terperuk je kat dalam dapur. Aku ingatkan kat dapur tugas aku memotong jer, rupanya ada usrah lain. Aish, benda tuh memang best kalau kita ne sekepala, tapi kalau dah melebih tuh, bukan telinga je bingit, hati pun sakit. Ya Allah, ampunkan dosa kami yang lalai.
Seminggu yang lepas, nenek tiri aku meninggal. Nenek tiri aku baru berkahwin ngan datuk kandung aku lima tahun yang lepas. Bertambah-tambah sunyilah raya kami tahun ne. Macam kawan aku cakap, dia ingatkan pasal sedara mara sendiri begaduh tuh wujud dalam tv jer, rupa-rupanya realiti pun ada. Itu yang pahit tuh.
Aku terfikir macam mana keadaan ibu ayah aku bila tiba masa mereka nanti. Aku ne anak tunggal. Sepa nak tolong kalau bukan saudara aku. Tapi, duri dalam daging, sakit dia bukan sekali trus hilang, menyengat, berdenyut-denyut.
Okeylah, aku pun nak tido dah bukan sebab habis idea. Merehatkan idea. :)
0 Comments