True Friend? A book Review : Tuan Direktur oleh Hamka

12:51 AM

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat bernafas di bumi Allah, saki baki kehidupan untuk terus memohon maaf akan dosa-dosa lalu, dan yang datang, semoga Allah sentiasa menerima taubat kita dimana kaki kita melangkah tatkala berdoa, bertahmid dan beristighfar di dalam hati. 

Alangkah indahnya bahasa yang dipengaruhi fikrah yang unggul, tidak terpesong ke arah kejahilan tetapi memahat ilmu sebesar lautan (kata-kata yang dipengaruhi dari novel Almarhum Prof. Dr Hamka). Lama sudah sebenarnya aku minat untuk membaca buku karangan Prof. Dr Hamka apatah lagi mahu  mengenal biodata Prof. Dr Hamka sendiri.. Tapi setakat baca biodata di internet tidak sehebat buku yang dtulis Pak Latip, InsyaAllah satu hari nanti akan dibeli juga buku itu. InsyaAllah. :D

Sebelum ni sudah lihat movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, penuh kata nasihat dan ibrah memang, boleh robek hati menangis-nangis dibuatnya, nasib time aku menonton berada di office, tahan2 lu air mata tu keluar, tak baik melihat anak dara menangis di tengah petang. Haha. Takut nak beli novelnya, takut bertambah linangan air mata di malam hari. 

Konbo di Bookcafe (so u know the previous cover of TKVDW)

Cari cover buku ni di PTS, was not like this before, entah kenapa diubah,
personally me like more the previous cover, 


The Tuan Direktur, kisah tentang dua hamba Allah yang kontra kehidupannya, seorang yang bertuhankan wang maka yang seorang lagi bertuhankan Allah. Banyak pengajaran yang tak dapat ditafsirkan melalui kata (for me), lebih baik baca sendiri. Hahaha (duhh, so kenapa perlu di review?).



Pernahkah terlintas di fikiran kita, siapa kawan baik kita? Mereka yang selalu ada semasa kita ada masalah? Atau mereka yang selalu menemani kita shopping etc?

Hehe, bagi aku, teman yang baik adalah mula dari kita sendiri, jikalau kita sedia menjadi kawan yang baik, yakni menutup keaiban sahabat kita, ringan tulang dalam memberi bantuan, mengembira dikala duka, sebut kawan kawan kita dalam doa, dan menyayangi mereka kerana Allah dan tidak mengharapkan ganjaran dari mereka kerana ganjaran yang sebenar hanya dari Allah, maka dengan itu Allah akan memberi sahabat-sahabat yang akan melakukan hal yang sama terhadap kita. 

Berkasih sayang, berukhuwah kerana Allah itu sangatlah manis, semanisnya kurma. Hehe. 

"They will not be always there for you, but for Allah sake's they'll be there at the right time at the right moment where Allah wants them to be. That is why, hati yang berkasih sayang kerana Allah tu ada extra magic dalam hubungan sesama manusia. Cinta Allah dulu sebelum manusia maka Allah akan mudahkan hubungan kita sesama manusia - baru jumpa sekali sudah rasa macam berkawan dari kecik, hahaha".

Tuan Direktur jelas memberi perbezaan di antara manusia yang mencari kawan dengan menabur wang dengan manusia yang mencari kawan kerana cinta kan Allah, a very good novel untuk mengingatkan manusia walau jauh mana pun dijulang jangan sesekali neglecting agama kita. 

"Kalau selama ini kita menjadi manusia yang mendustakan agama sendiri, kenapa tidak dengan kesedaran dan saki baki kehidupan yang ada kita menanam kepercayaan dan menegakkan agama kita sendiri?" - basically what I said to myself. Sesuai menjadi pertanyaan sebelum tido. Reflection diri. Lols.

Senyum-senyum dari tadi teringat akhwat tercinta. Allahu. 
Alhamdulillah, Subhanallah wa Allahu Akbar






You Might Also Like

2 Comments