Pagi di ruang tamu
11:36 AM
Salam,
Pagi ne macam biasalah tido terlajak memang bidang kegemaran Cahya. Pukul 10 pagi, herm, rasa macam masih takda apa-apa nak dibuat. Memang mind setting asal je kul spuloh pagi automatik tangan ne memicit punat-punat remote controller bernombor 105. Ya, astro prima lah selalunya jadual Cahya setiap pukul 10, peminat tegar P.Ramlee bha ne. Criter Bujang Lapok dah mula d screen tv. Apa lagi, layan lah.. Sedap ne tengok sambil makan2.
Cahya pun lari sepantas kilat pg dapur, nyalakan gas, panaskan minyak, kuarkan bungkusan nugget ala tempura. Minyak dah panas? Set, celup nugget tempura 5 biji. Takleh banyak-banyak, nanti muak. Sebab ne masakan goreng, nanti kalo makan benda berminyak banyak sangat, hah kepala lah yang pening. Makanya, sekali lagi peribahasa sediakan payung sebelum hujan dipakai.
Kubis manis, amik beberapa helai, then potong nipis2 supaya senang hadam yer cik puan, then gaulkan bersama scubit garam dan sedikit lada sula. Salad kubis dah siap. Potong beberapa slice mentimun. Tgk nugget tempura dah kekuningan, angkat and keringkan minyak sat.
Nugget tempura goreng, mentimun, dan salad kubis, sedap dimakan bersama sandwich bread. Nyum-nyum, bleh lah juga isi perut pagi-pagi ne sambil tengok bujang lapok. Err, takda pula gambar breakfastnya diambil. Hee. Len kali lah arr. Tgk jam dah jam 11, macam ada sesuatu je yang tertinggal. Ingat-ingat hari ni hari isnin. Alamak!! Terlimpas sudah Hot.fm am krew, dimana Usop Wilcha kemunculan pertama as hot.fm Deejay! Alamatnya terpaksalah tunggu pagi esok. Hurm..
3 Comments