Miss Englishku Yang Lawa

1:57 PM


Salam,


Tetiba teringat pulak masa belajar kat Matriks dulu, Cahya badge KML 2010/2011 tau. XD. Ingat lagi bila first tyme masuk kelas p&p. Hari isnin, petang tuh tutorial kelas english. Cahya pun lupa apa kami panggil kelas english tuh dalam jadual. Hehe. 



First impression, guru yang masuk tuh, wow! memang lawa, cool, terbabom macam ala2 girl SNSD. First introduction pun best juga, laugh laugh and laugh je kerja kami (since that the only feed back we can give). 

Bukan apa dia crita sal dulu2 dia ada student yang jarang masuk kelas, kalo bleh, student dia tuh memang tak nak datang kelas, jadi yng Miss km ne marah lah, yerlah, kedatangan tuh penting tau utk markah PB (penilaian berterusan). Ingat senang ke nak lulus kat matriks? XD. Masa perlu dikorbankan.

Tersebutlah kisah budak tuh kena lecture oleh Miss kami yang manis ini. Kena tanyalah kenapa budak tuh tia mau dtg kelas dia, budak tuh cakap dia takut dgn miss kami, dia mau belajar sendiri-sendiri. Budak tuh pun ya ya jak lah dgn nasihat Miss kami tuh, tapi then awal2 jak rajin datang kelas pastu kembali kepada tabiat lama. Bila budak ne kembali kepada tabiat lama dia, Miss pun bawa jumpa dengan pengarah, apa yang terjadi ingatan Cahya pun blurred sudah. Ngehe.


Guru ne kalo hati dia terguris sikit susah nak dapat keberkatan ilmu tau, biarpun guru tuh garang macam mana, kita kena hormat dia sebab ilmu yang dicurah kan kepada kita. Bila dengar cerita Miss kami ne, memang kami macam kasih salah lah budak tuh lah  kenapa dia tak datang kelas, tapi yang ajaibnya keputusan english dia dapat A pulak. Huhuhu, dasyat2.

Selama dua semester kami bergurukan Miss ne, selama dua semester tuh jugalah kami memahami kenapa budak tuh tak mahu pergi kelas dan nak belajar sendiri-sendiri. Namun disebabkan tindakan yang dia pernah ambil kepada budak2 sebelum kami maka diri ini digagahkan juga ke kelasnya yang selalu cancel di waktu pagi dan akan diganti pada sebelah malam, kalo malam2 biasa takper, ne malam weekend, huhuhu, habis jadual marathon drama korea terganggu.

Mungkin disebabkan kami2 ne yang kepala jajal2 suma, sempat buat perbincangan lagi dengan budak2 kelas lain yang sma Miss dengan kami. Nah, disanalah kuar segala-galanya, memang makan daging manusia lah kami. Bila sedar, menyesal juga diri ini kerana mengumpat Miss tuh. 

Di akhir kelas beliau, kami pun ramai2 minta maaf atas kesalahan kami, tapi nasi dah jadi bubur Bahasa Inggeris Cahya masih dapat C, kalo satu semester takpa, ne dua2 sem. Huhu. Apalah nasib. 

Moralnya disini, hormatilah guru anda. Biarpun badai apa yang melanda. XD


You Might Also Like

2 Comments