Melangkah ke benua baru.
8:39 PM
Salam,
Heloo all, i rindu blog i tulah i update. seh seh seh. Eh korang dah tau kan yang aku dah jadi mahasiswa secara officially kat UMS? Haah, pasal tuhlah aku jarang update. Sebab bermula wednesday lalu, aku dan rakan2 se batch ku suma kami terlibat dalam minggu suai mesra. Okey jugak lah, biarpun penat kan. Tapi best sebab suma senior2 suma banyak menolong. Alhamdulillah aku ingatkan MSM ne macam yang selalu2, errr, yang macam jaat2 begitu, tapi ne tak. Okey je suma relax and chill jer. Senior2 pun banyak tersenyum, memang tabik gaya spring lah ngan dorang suma. Bertuah kami dapat senior2 yang baik gitu..
Sehari sebelum pendaftaran tuh baru aku sibuk packing, pemalas kan mau pegi asrama, barulah mula panik, aku belek2 lah buku panduan, segala borang2 yang diperlukan double check kunun, nah sekali! Aku lupa beli setem hasil! Mulalah hati aku gelisah. Aduyaiii... Makanya aku pun dengan perasaan sangat2 takut bagitau lah my babah, then my babah pun nasihat2 sikit. Tetiba air mata aku yang suci murni ne bergenang pulak. Trus pizza yang babah ku beli aku tak lalu makan. Yerlahh.. Mana nak letak hati yang tengah gelisah? Mana nak letak hati yang pedih dimarah? Sakit nak terima keadaan dalam satu masa. Korang mesti dalam hati cakap "tulah sepa suruh?" kan??
Yerlah, malam tu sepatutnya enjoy2 sebab dapat masuk U, ne macam banyak benda yang lom selesai lagi. Tulah aku, sering sekali jadi warga yang tidak prihatin terhadap diri sendiri. Tengok apa dah jadi? Tapi hati yang lemah ini dikuatkan juga, ingat Tuhan, istighfar banyak2. Alhamdulillah hati kembali tenang, syukran Ya Allah.
Keesokannya mulalah perjalanan aku di kampus baru. Aku dapat Kampung A, dekat sikit kalo perjalanan ke kawasan fakulti. Ramai kawan2 aku yang seangkatan dari KML, banyak dapat di Kampung E. Paling ujung dunia. First2 dapat kampung A tuh ada macam sedih gak, sebab jauh dari kawan2 sekepala. Nasib baik, roomate aku di Matriks dulu, c Yenn bilik dia dapat di bawah bilik aku, senang jugalah roger2.
Dalam bilik ada empat orang, aku sorang jak budak matriks, yang len budak STPM, suma kami budak baru. Banyak juga benda kami buat bersama. Yalah, dalam proses mengenal kan. Bukan nya apa lah, kira macam kami yang budak matrik ne ada kelebihan yang kami pernah merasai asrama, macam mana keadaan kuliah tuh suma. Kesian juga aku tengok, roomate aku ne datang dari pelbagai benua, dalam proses membiasakan diri, kadang-kadang, makan pun tak lalu.. Aku? Kari tuh manis macam Coklat Cadbury aku bantai jak! Makanan mahal joe, sepa nak membazir kan? Tapi pastuh macam mati mood aku makan kari ayam, benda yang spatutnya pedas ne jadi manis. Aigoo. takpe, tunggu masa lah sikit, pandai juga lidah ne jadi immune.
Dalam kos aku blajar Sains sekitaran, okey jugalah subjek utk sem 1 dia. Biologi asas buss aku belajar? Mau terkeluar bijik mata tengok layout subjek2 yang aku perlu amik. Tapi yang aku tak sangka, banyak juga dalam kelas aku tuh budak matriks, haha, sowt, jalan2 je dua tiga langkah jumpa orang sekuliah masa kat matriks, jalan lagi, jumpa orang se tutorial masa kat matriks. Pokoknya, banyak budak matriks ne. Percayalah kalo korang belajar kat matriks, terjamin juga masa depan tau. Banyak bebudak matriks labuan memenuhi Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Kira matriks ne productive gak lah.
Oleh tuh, janganlah korang sangka kat matriks tuh susah nak belajar. Nasihat ini ditujukan kepada adik2 junior ku. Seh. Kalo rasa susah nak score bgitu, apa yang penting? aip bukan kerjasama!, ia adalah sikap kita tuh sendiri, jangan mind set awal-awal subjek tuh susah. Padahal kalo korang belajar, dapat juga score tuh. Yang penting usaha, doa tak putus. Akhir usaha adalah takdir Allah, ingat tuh jak, InsyaAllah segala macam perjalanan dapat diharungi.Eh? Cam jauh je aku melencong?
Okey, tadi pagi sangat best, pas habis kelas, aku dan kengkawan seangkatan, yang sekarang banyak study engineering, makan kat D'Pustaka Cafeteria. Sedap sebab makan dengan kengkawan yang lama tak jumpa. Rindu dorang, rindu lagi kengkwan seangkatan yang jauh nun sambung kat semenanjung dan sarawak. Kawan aku yang sorang ne siap beli brudband lagi, tapi yang lucu nya, laptop dia tiada. Haha, brudband diutamakan ah.
Okey, len kali aku story lagi key. Ah, aku sekarang kat umah, boring bah di asrama. :P
6 Comments