Seketika yang dirindui. XD

9:47 PM



Seketika
bait madahku
dialir sungai, syahdu dan mula berlagu.

Seketika 
benakku, turut berdetak
seirama degupan jantungku
dialir sungai,
rinduku disapa,
memungut rasa,
memunggah makna.

Seketika,
aku lakarkan sendalu angin,
bertiang awan, dipagari tumbuhan.

Seketika, 
aku nampak sungai yang mengalir
barulah ku melihat adanya dunia.


Seketika yang rindunya disapa.





Nicole - The doodle job (although it may not look like one, said the owner. XD)




Salam, ingat pula ketika dibangku sekolah menengah, sajak merupakan puisi yang paling Cahya minati, not forget to mention cerpen. Dan cerpen pendek. LOL. Habis jak prep malam(tinggal asrama doe), bawa pulang kamus dewan kelas, dalam bilik sebelum tidur, belek2, sampai ada rumate tegur, Cahya baca kamus macam baca novel cinta pulak dah, khusyuk pulak tu. Well, masa tuh, entah kenapa memang sangat suka baca kamus, banyak perkataan best, macam kamus tuh jadi bacaan ringan da. Bayangkan, "buku tebal : bacaan ringan". Okey abaikan kalau tak lucu. LOL.

Kat library pulak, tiap2 prep petang bleh belajar d library kan, best, sunyi dan taklah bising sangat, senang nak belajar, senang juga nak terlelap. Kui3. Masa prep petang ada sejam setengah masa. Setengah jam belajar, sejam yang selebihnya baca buku kat library, menimbah ilmu lah katakan. Tapi bagi Cahya,  mesti amik buku pasal sajak, puisi sanskrit? Rembat je, dah masa tuh kemaruk nak baca sajak. 

Rindu pula masa-masa idea terjana, bila rasa membara, mulalah pena berbicara. Setiap patah perkataan bermakna, satu yang tak kena, sangatlah tak indah. XD. 

InsyaAllah Cahya akan teruskan juga, tapi setelah lama meninggalkan arena sajak (setahun 6 bulan, lama ke tuh?). Sekarang macam susah sudah nak kembali ke dunia fantasi, asyik realiti je yang memanggil. LOL. Eh korang, trima kasih baca. XD.

Tujuan penyair bukan hanya menyatakan bulan seperti wajah gadis,namun turut menyampaikan bersama kenangan yang manis.
~Melalui pembacaan yg hilang sumbernya~









You Might Also Like

4 Comments