Andai dunia tanpa sifat kemaafan
6:19 PM
Salam,
Andai dunia tanpa sempadan. Yes ayat pembuka, mantap tak? Hohoho. Endak bha, sepatutnya begini andai dunia tanpa sifat maaf dan simpati. Yang ada cuma cemburu dan iri hati. Andai dunia tanpa sifat empati, yang ada cuma ingin melihat orang lain menanggung akibat sendiri. Pastinya... sambungan minggu hadapan. Eh?
Maaf? Empati? Apa kena mengena?
Hidup ne pelbagai dugaan. Kekadang kan wujud dalam hati aku ne sifat ingin membalas dendam. Lalu tersebutlah kisah, ada sorang kawan yang buat aku marah masa sekolah menengah. Aku ne bukanlah orang yang cepat marah (eisehmen), tapi kalau aku marah sekali tuh. Mau terkeluar semua isi bumi. Sampai aku terfikir nak buat saudara mara, kaum kerabat dia merasai derita (Beh, niat jahat tuh bah. Ngee) atau curi patung teddy bear dia, kurik semua isi kapas dalam dia dan gantikan dengan isi perut ayam, biar dia peluk (okey ganas). Tapi apa yang aku fikir tuh berlarutan dalam lebih kurang sejam jak lah. And no way aku akan buat perkara-perkara yang aku tulis di atas, karma beb~ huhuhu.
Sebab kawan aku ne sebenarnya bagus, cuma kali tuh jak dia jahat sikit. Bila dia sedar yang dia ada wat salah ngan aku dia pun pegi lah jumpa aku pg minta maaf. Lembut pula hati aku walaupun aku sambut minta maaf dia dengan wajah masam mencuka, cuka pun aku rasa ndak masam begitu. Well, benda yang sudah tuh sudahlah. Dengan itu, ampun dia diterima.
Dalam dunia ne kita akan nampak sifat sebenar orang tuh melalui tiga perkara (bersumberkan movie Korean yang beta tonton yakni bertajuk 'Secret' kat saluran Astro 131. Eisehmen, padat betul info aku bagi), yang pertama dan kedua aku tak ingat, yang ketiga jak aku ingat. Perkara ketiga, untuk mengetahui sifat sebenar seseorang adalah ketika dia diketahuan dari menipu.
Apa kaitan dia dengan marah? Sebab tiga perkara tuh aku ingat satu hadis yang aku ndak dapat jejaki yakni kita tidak dapat mengenali sifat seseorang selagi kita tidak nampak _?_ perkara yang dia lakukan, antaranya adalah ketika dia marah dan ketika dia memaafkan.
Aku sokong statement tuh, kita tak akan kenal seseorang selagi kita blum tengok cara dia marah dan bagaimana cara dia memaafkan orang tuh. Jangan jadi macam lirik ne
Maksud Karma melalui Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4 :~
"Jangan menangis sayang, ku ingin kau rasakan pahitnya terbuang, sia-sia"
1. Semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia
2. Kerama, kutuk, sumpah
Sekian.
2 Comments