Buku Tanpa Sempadan

11:40 PM


Salam,

"Adik minat sastera?"

Laju je aku menganggukkan kepala sambil memegang buku biru yg belum sempat aku tatap tajuknya lagi. Soalan yg diajukan oleh Myzan.. something2.. aku lupa pula nama penulis amatur itu (bukan aku yg ckp, dia yg ckp okey). Laju je aku mengangguk, sebab memang aku akan mengangguk pun jka ditanya soalan yg sama. Hahah. Tapi sejenak aku berfikir, adakah keyakinan ku bersama anggukkan itu? Tidak sama sekali. Dunia sastera terlalu luas, sampai skrg aku masih merasa belum cukup ilmu di dada untuk merentasi. Aiseh. madah sangat entri kali ne kan. Hahaha.


Ya, aku minat sastera, tetapi utk mengetahui sendiri tokoh2 yg terlibat dalam bidang tersebut, aku sangatlah daif. Sangat noob. Paling2 pun aku kenal A.Samad Said. Well, i meant, sepa tak kenal beliau? Hasyuda Abadi, sorg penulis anak jati Sabah, mengenali dia pun kerana dia pernah datang ke sekolah menengah di suatu zaman dahulu yg telah aku tinggalkan. Ngee.. (Kaget sendiri). Faisal Tehrani, aku suka baca komen2 beliau dalam majalah siswa (bahagian sajak). Lim Swee Tin, aku ada buku puisi dia satu. Yang lain tuh, nama mereka belum cukup utk aku ingati, atau lbih senang, aku tak ambil tahu pun. :D

Tapi aku percaya, nukilan yang baik akan diingati dan dikenangi. Seperti Hilal Asyraf dan Hlovate. Prgerakan memartabatkan bahasa ibunda dalam negari sendiri pun aku jarang ikuti, apatah lagi seluruh Malaysia. Books are made to be read. Yeah.. I know it.



BTW, anda da pergi pesta buku KK? :D Well, beta dah pergi. ada byk bengkel and 'seriously annoying product seller' ==". Kenalah juga pandai2 menipu atau buat2 tak layan supaya masa dapat dijimatkan. Grinning sendiri. Hmphfff.. Aku sempat rembat dua buah buku jer. Semangat Perjuangan and Puisi Orang Bertujuh. Org yg pergi pesta buku ni ada pelbagai niat, meskipun sekadar pergi utk suka2. Apa yg aku cari d pesta buku tuh? Entah. Aku pun tak pasti. Mungkin sekadar suka2.

"Tuhan tanamkan di hati kita untuk pergi ke suatu tempat, pasti Dia sudah sediakan jawapan kenapa kita perlu ke sana"

~ Smile terhadap anggukan terhadap soalan pertama itu.

You Might Also Like

2 Comments