Judging people : Benda bagus ke??

5:00 PM


Salam,

Best nyer masa jadi budak2 dulu. Kalo kena marah sekali, nangis2, tapi lepas tuh buat balik. Kalau tyme2 orang2 sedih, budak2 tiada effect, masih lagi bole lari2 men tumbuk2 dengan budak2 lain.




Bila makin besar ne, makin banyak yang kita tahu, makin banyak pula prasangka buruk dalam hati kita tuh kan? Bukan macam budak2 kecik yang tidak tahu apa2, semua orang dia anggap baik jak (kalo kidnapper tuh tolak lain crita lah) contohnya macam ada sedara mara kita yang macam ada slack sikit ngan kluarga kita trus kita pandang lain. Sedih kan?

Ya Allah, seburuk2 kelakuan dia pada kita pun, buruk lagi perbuatan prasangka buruk kita pada dia. Mana tahu dia dah insaf, al maklumlah, hati orang kota tak bleh di baca. 

Ini yang buat Cahya rindu dngan zaman budak2, kita tak payah judge apa perbuatan org dgn kita. Kita sendiri mau tahu apa yang terbaik..

Suddenly,
I hate being Growning UP.. 

People Judgement (Situation 1) : 
Bayangkan. Anda seorang polis yang sedang menjalankan tugas di suatu daerah yang ditetapkan. Tiba-tiba anda mendapat panggilan dari pejabat utama untuk menjalankan tugas anda. Di daerah berkenaan berlaku dua kejadian dalam masa yang sama. Perompak A(melarikan diri ke barat) telah merompak sebuah rumah orang kaya yang bernilai RM20 0000.00 manakala kejadian yang kedua adalah Perompak B(yang melarikan diri ke timur) yang telah merompak duit 50 sen dari seorang budak lelaki. Memandangkan hala yang dituju oleh dua perompak berkenaan adalah berlainan, dan masa pun kian suntuk, anda hanya boleh memilih untuk mengejar salah seorang dari perompak tersebut. 

Pada pendapat anda siapa yang anda akan kejar?


Kalo Cahya, Cahya kejar yang curi banyak duitlah kan. Secara logiknya.


Tetapi hakikatnya......


Perompak B (yang lari ke arah timur) mencuri duit 50 sen dari seorang budak lelaki yang baru kematian ibu bapa, oleh kerana dia tidak ada saudara mara, dia tidak mempunyai tempat tinggal. Jadi dia terpaksa merempat di tepi jalan dan hanya berbumbungkan kotak2 yang dia ambil dari pelupusan sampah. Akhirnya dia menjumpai 50 sen yang mungkin boleh dia membeli makanan setelah 4 hari kelaparan dan kesejukan. 

Manakala Perompak A pula telah merompak duit yang banyak itu dari seorang kaya yang sombong dan bongkak, yang memakan hasil dari rasuah, pusat2 maksiat dan penyelewengan kuasa.

Tak siapa sedar akan kehidupan yang berlaku di dunia ini. Sometimes, ia lebih complicated dari yang kita fikirkan. Itulah bila berprasangka buruk, sedarlah, mungkin orang itu tidak minta disangka begitu. Hati masing2 hanya Tuhan yang tahu, janganlah kita cuba menjangkau kekuasaan Tuhan.

Azzawajallah, peliharalah kami dari berprasangka buruk. 
Sesungguhnya itu hanyalah perbuatan yang menzalimi diri sendiri.


You Might Also Like

2 Comments