Review Buku | Takdir by Hilal Asyraf part 1

3:02 PM


Salam,

Belum reda review Puteri Karla datang lagi review satu lagi. Namun dalam Review kali ne lain sikit, kerana bagi Cahya tak mungkin cukup review hanya sekali, apatah lagi apabila buku ini sangat istimewa di mata dan juga di hati, yang memang diperhalusi khas untuk pembaca yang beragama Islam khususnya. Agak tidak keterlaluan sekiranya Cahya mengatakan bahawa buku ini besar peranan nya dalam mengingatkan kita kepada kebesaranNya. Bagi sesiapa yang mencari atau tidak keyakinan pada Allah, Cahya sarankan buku ini. TIDAK, buku ini tidak boleh menolong anda untuk mencari keyakinan kepada Allah, tetapi buku ini adalah sebuah medium dan usaha ke arah mendekatiNya. InsyaAllah, usaha dan yakin.


Beli Online & Description
Dalam banyak2 novel yang Cahya baca, pasti, walaupun sedikit beberapa aspek Islamik itu sendiri telah diterapkan atau digambarkan melalui hasil karya penulis. Seperti Novel Hlovate, Contengan Jalanan perjalanan mencari Tuhan, dan Puteri Karla itu sendiri, di akhir karya Julia Esqa itu menyatakan bahawa semua penduduk Istana sedikit demi sedikit membuka hati mereka dengan kehadiran Islam sejagat. Namun begitu, apa yang diutarakan dalam novel Takdir ini, adalah sebaliknya. Setiap patah perkataan berciri islamik itu sendiri. Pernah sekali terlintas dihati Cahya untuk menghasilkan cerita sebegini rupa (bukan angan2 kosong, namun perlukan masa dek pedang yang masih perlu diasah). Yang semestinya bercorak epik Islami. 

Dimana superhero2 nya persis pahlawan sejati dalam dunia Islam, seperti Khalid Al-Walid, Salehuddin Al-Ayubi, Saad bin Abi Waqqas, dan banyak lagi sahabat Rasulullah yang diadaptasi menjadi watak2 yang membentuk novel ini. Dimana keyakinan mereka terhadap Allah tersangat utuh melebihi keyakinan kepada manusia itu sendiri. Setiap langkah mereka, degupan jantung mereka, denyutan nadi mereka, aliran darah mereka, penafasan mereka percaya tidak akan ada melainkan dengan izin Allah. 

Watak2 superhero animasi/novel persis Sherlock Holmes atau Detective Conan, Soul Eater dan Bleach turut diadaptasi dalam novel ini. Watak yang dicerna menjadi semakin hebat, apabila watak2 ini bertarung dan menggunakan kelebihan mereka di jalan Allah. Apa pandangan sahabat sekalian seandainya Ichigo Kurasaki adalah seorang pahlawan Islam sejati? Atau si genius Sherlock Holmes menyebelahi Islam? contohnya. Cahya membaca novel ini juga seperti membaca komik. Penuh debaran dan penuh kesyukuran tidak kurang juga kekaguman. Hebat.. Hebat..

Sekiranya sahabat semua pernah membaca atau paling senang menonton cerita Narnia, bukankah jalan cerita nya ada sikit seperti penceritaan dalam Al-Quran? Cahya sertakan beberapa contoh :

Narnia Pertama ( The Witch, The Lion and the Wardrobe): 
#Babak tentera Narnia bersayap melepaskan batu kepada musuh.

" dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang terbakar"

Al-Fil 105: 3-4

#Babak sebelum perang bermula, makhluk bersayap menyatakan kepada Jeneral Perang yang jumlah tentera Narnia lebih sedikit berbanding jumlah tentera musuh. Then Jeneral itu berkata "Numbers do not win a battle". Sedangkan dalam firman Allah yang nyata dan jelas berbunyi :

"......Mereka yang meyakini akan menemui Allah berkata, " Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah." Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

Al-Baqarah 2 : 249.

Sebenarnya banyak lagi ayat Al Quran yang kita boleh adaptasi dalam kehidupan ataupun penulisan. Yang mengembirakan, Hilal Asyraf dapat mengambil isi-isi dalam Al-Quran itu sendiri sebagai matlamat dan arah tuju watak-watak dalam novel Takdir ini. Besertakan firman-firman Allah yang dipetiknya, sedikit sebanyak menjelaskan kenapa dan mengapa watak2 sedemikian berlaku sedemikian rupa. 

Cahya akan sambung ulasan seterusnya dalam part yang kedua. XD
Segala yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang 
buruk itu tentunya daripada Allah SWT juga melalui diri Cahya yang kerdil ini. 

You Might Also Like

2 Comments