SMS dari Sabah ke Mesir mahal woi!!

10:45 PM


Salam,
Maaf seandainya entri ne boring. Seh. Kita kena ada advance tau. Ayat pertama mesti menarik minat pembaca! Aku nak cerita perihal kelmarin petang. Ya aku beraya kat umah saudara aku. Kazen aku sepupu satu kali. Bapa dia adik beradik sama bapa aku. Dalam keluarga belah bapa, kami ada tiga orang yang sama umur, kazen lelaki aku dan kazen perempuan aku. Jadi kami bertiga ne kira rapatlah.

Erm, gambar takda kena mengena dgn entri tau.

Ceh, kelmarin baru aku rasa best raya. Sebab aku dapat makan nasi ayam goreng! Haha. Sebenarnya takda kena mengena makanan dengan hari raya. Semuanya pasal kebahagiaan, bersama dengan keluarga adalah rutin yang jarang aku hadapi. Yerlah aku kan anak tunggal, sengsorang kat umah bleh buat aku jadi gila. Korang tak nampak macam mana aku bercakap sorang2 dalam bilik. haha. Okey aku masih waras ye, masih punya akal yang cerdas. Kalo tak camna nak update entry? Haaah..

Kelmarin waktu petang, best lah aku beraya kat umah kazen ku ini. Siap makanan utama, kena hidang makanan pencuci mulut yaitu coklat gegar. Wah memang class lah, aku rasa macam beraya kat hotel. Tapi yang slack dia kazen lelaki aku hidang chocolate shake pakai blender. Kui3. Aku bantai jer, biarpun dia kata yang dia buat kali tuh lom kick lagi tapi aku tetap kasih habis. Sebab aku tau bukan senang nak buat tuh. Itu pun sedap tu woih! 

Sedap bah Kazen sia buat chocolate shake.


Aku bersyukur, sebab dalam masalah yang ada, masih ada insan yang berkongsi kehidupan ne, borak-borak sekejap lupa pasal pertelingkahan memang buat kita rasa tenteram tau. Aku bersyukur masih ada mak dan abah yang selalu menolong aku dalam apa jua keadaan. Tapi dalam keadaan tuh aku teringat pula kawan aku sengsorang yang tahun ne raya di perantauan, setahu aku macam dia seorang jak raya diperantauan, perantauan pun jarak dia antara sabah dan semenanjung je. Yang kawan-kawan aku kat mesir aku takde tanya, mahal wei sms dari Sabah ke Mesir, aku sekarang nak bajet, seh. Dah nasib kawan aku tuh lah tak dapat pulang raya, nak buat cemana? Tulah kau lambat lagi beli tiket. Haha. 

Kalau ikutkan hati mau jak aku buat dia nangis sebab tak dapat pulang raya, tapi bila teringatkan ne first tyme dia kat sana tanpa kluarga, tak sampai plak hati aku. Hak3. Aku kejam, zalim juga. Tapi taman tuh masih tersemat dalam hati tau. Malam takbir tuh dia tepon aku, terpekik terlolong, mau tercabut speaker enpon aku, alah kesian, stress lah tuh. Sabar ye kawan, akhir tahun kita jumpa. Raya haji kau amik aku di rumah kita beraya di rumah mentua kau. Hahaha.

Aku bertuah sebab dapat U pun dekat umah je, takda kuliah bila-bila masa bleh pulang. Kelmarin petang aku tgk mimik muka kazen lelaki aku monok jek, biarpun dia sambut kami dengan senyuman yang tak putus-putus, air muka dia nampak sungguh macam mana dia rindu akan suasana begini, keberatan hati untuk berpisah dengan keluarga. Aku dulu masa sekolah menengah duduk asrama yang sebelah rumah jak pun dulu kalau mau pulang asrama nangis-nangis inikan pula orang Sabah nak balik Perak? Tapi dia kat sana best, ramai kenalan, berjalan tak henti. Aku macam mana nak jalan? Macam suma tempat di Sabah ne aku udah pergi kecuali bahagian Sandakan. Yeah! Destinasi Seterusnya!

Sedar tak sedar aku tak lama lagi jadi Mahasiswi, blehlah ada boyfrend, upss. Hehe. Niat tak baik pula. Okey tata titi tutu.

You Might Also Like

8 Comments