Empat jam menjadi 'pendidik' terhadap generasi ummatnya Muhammad.

6:24 PM


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah masih diberi peluang dari Allah utk menimba ilmu di jalanNya dan beramal sedikit apa disuruhNya, walau sedikit yakinlah akan ganjaranNya. :) . Masih punya famili, masi punya kecukupan makanan utk berjihad dan bergerak dibumi ini Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga atas segala nikmat2 kecik yg selalu 'terlepas' dari pandangan mata ku ini. :)

Alhamdulillah dikesempatan yg sdikit ni aku ingin berkongsi sedikit pengalaman hari ini. ^^ Alhamdulillah.. diberi peluang menjadi fasi utk adik2 kem solat bestari di sebuah sekolah tempatan (bunyi macam tinggal di oversea sngt lah kan, haha). Bersyukur ke hadrat illahi, kerana Allah telah memberi saya peluang bagaimana menjadi seorg 'guru', 'ibu', 'perempuan', 'muslimah', 'ustazah', 'kakak' sekaligus! Walau hanya utk beberapa jam sahaja. Beberapa jam sahaja utk berkhidmat demi ummat Muhammad.. Semoga Allah menerima perkhidmatan ku ini menjadi saham di akhirat kelak. Amiin. Subhanallah dan Alhamdulillah.   

Subhanallah betapa gembiranya adik-adik ini dipanggil dengan nama2 penuh mereka dgn lembut, dan betapa aktifnya mereka bertanya pelbagai soalan dalam satu masa sekali gus! Sedikit sebanyak menguji kesabaran 'jiwa jantan' yg terdapat dalam diri ini, tapi apa yg melembutkannya semula? Aku mengingati bahawa Rasulullah kita sendiri tidak pernah berkasar dengan anak-anak kecil, apatah lagi mengherdik atau menengking mereka, jiwa2 muda  lagi haluss sebeginilah yg harus kita bentukkan, demi masa depan ummat kita sendiri, bukan ummat lain, ummat kita sendiri!

Sedar ndak sedar, untuk mendidik ummat nabi Muhammad itu bukannya senang, beryukur lah kita yg ada sekarang ni, jika dulu kita suda hafal Al-Fathihah, tahayut awal, boleh mengenal huruf2 arab seawal enam hingga tujuh tahun, inikan ada yg sudak darjah 5, utk mengenal satu huruf arab pun susah *sampai monyok bha muka sbb aku paksa hafal tahiyat awal dan akhir*, apatah lagi aliff ba ta dan membaca complete ayat of AQ? Allahu..

Maka menjadi kewajipan kitalah mendidik anak2 yang masih kecil mengikut ajaran sepeninggalannya Rasulullah SAW~ 


Inikan aku yg baru merasa beberapa jam menghadapi ragam budak2 kecil di sekolah, apatah lagi mereka yg bergelar guru sekolah rendah yg half day tiap hari, lima hingga enam hari seminggu berada disekolah melayan anak2 generasi ummat Muhammad SAW ini. Subhanallah dengan berkat kesabaran ini lah kita harap akan melahirkan individu yg berjaya nanti di masa hadapan, fil dunya wal akhirat. Tidak wajar lah kiranya kita berkelakuan menyakiti mereka yg bergelar guru ini hanya kerana sesuatu yg kita tidak mampu berikan kepada anak-anak kita dirumah kita sendiri. Allahu.. 

Sekian. Banyak lagi pengajaran sebenarnya. Tp ni je yg mampu tulis. Penat den. Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kepenatan tanda bahawa kita telah bekerja hari ini. Dan semoga pekerjaan itu mendapat redhaNya Allah. :)

P/S : Mungkin saja hari ini kita mengeluh ttg kesusahan yg kita hadapi, sedangkan kita tak tahu, sorang hamba suda dibawa 'pergi'. Pintu taubat masih terbuka, marilah sama2 kita kenal Allah, kenal agama kita sndiri, perbaiki amalan, mana tahu besok tiada mentari utk kita lagi. Allahu. :)

Forbid yourself from complaining on small calamities, or Allah will give you bigger calamities even yourself dont have the guts to complain about. Stop complaining! but say Alhamdulillah instead. :) With that Allah shall content our hearts. Ittaqullah! 


You Might Also Like

6 Comments