Syok Ke Raya? Aku cam sedih semacam je.

1:48 AM


Salam, 

Aku tgk ramai yang post pasal raye. Shopping raya, kad raya, balik raya, rumah raya, barang mangkuk suma yang ada cop raya pun korang crite. Raya sakan korang ah? Huh? Huh? (amboi nada marah siot). Aku tak marah geram jer. *joking, sumpah tak marah.


Yerlah korang yang overseas syok la pulang raya, naik eroplane sempat lagi korang update status tweet, facebook suma  sebelum korang kasih mati enpon.Pergh, stylo ler tuh. Aku? Masih terperuk kat sini. Sejujurnya ku jeles tengok orang pulang raya. *Sob, sob, sob.

Yerlah korang syok lah dapat beli baju baru, kasut baru kat Servay, Giant Kelombong, Giant Putatan, Ujana Kewangan, kedai runcit depan rumah pun kalo ada baju raya mesti korang kebas kalau boleh kan? Aku manada, aku dok kat umah jer. Orang crita pasal baju raya, aku diam je, taknak bising. Orang tanya warna apa baju raya aku tahun ne, aku senyum je. Sengih-sengih sendiri *tunduk bawah goyang-goyang kaki.

Korang mesti syok buat kuih raya kan? Aku takda, main kuih tunjuk je. Aku tengok banyak orang buat biskut almond london, biskut kacang, cornflakes sendirian berhad punya. Aku??? Oven aku masih berdebu di dalam dapur, paling last aku sentuh dua hari yang lalu itupun nak panggang ayam, dengan debu-debu sekali aku panggang. Korang mesti tak percaya kan? Wujud lagi kah insan desperate macam aku ne? Gelak lah. Aku tak minta dijadikan se~desperate begini. Ayam tuh? Aku main bantai je makan. Yang penting boleh sambung hayat aku.

"Pergh, kin panas jua post kau ne, kampung kau kat Putatan je, dari sini 45 minit je pulang. Tak payah kau nangis2, teriak2 minta puji konon tak dapat pulang raya. Lagi satu, yang baju hijau rimbai-rimbai macam rumpai laut aku tgok bling-bling kat almari tuh sepa punya pulak hah? Siap ada dua tiga pasang beg sekali match ngan kasut tuh sepa pulak yang beli? Hantu? Setahu aku dalam bilik ne, barang kau je  yang bertaburan" Marah siot si other side of me dengan aku bila dia baca entri ne.

"Haish diamlah kau the other side of me, tengok bocor uda rahsia aku, blah lah kau, kau tuh tak wujud, hanya imaginary friend aku je"

Dahlah, hari ne aku nak tido awal, sok pagi aku dan mama tersayang akan ke Giant untuk membeli barang magerin tepung suma mau buat biskut raya. Sehari dah nak raya baru sibuk bakar biskut. Kang aku angkut jak barang besen, tepung uli suma, sanalah orang beraya, sanalah aku bakar biskut. Sudah masak hidang terus. Ndak payah susun dalam Tupperware (Nada kejam yang tak boleh dimaafkan).

Jumpa lagi bila kita akan dijumpakan semula.

You Might Also Like

10 Comments