Cara paling cepat menghilangkan bosan.

2:44 PM


Salam,


Aku sejujurnya bosan. Kadang-kadang aku buang tebiat dengan mewujudkan other side of me yang kononnya berbicara dengan the real me. 

"Weh, ko tak penat ke? Edit-edit kat depan komputer, aku tgk ko ne dah kering, muka dah pucat.. Woih kau dengar ke woi?" aku buat de' je, eleh tunjuk baiklah kunun si other side of me

Tapi selama ini aku megaku hanya dialah yang setia di sampingku. Di mana sahaja aku pergi dia mesti ikut. Hanya dia yang selalu bagi nasihat kat aku. Bila-bila masa dikala hepi ngan sedih. Orang lain mana kesah. Kau kesah? Tak kan, dah agak dah.

Tapi kebanyakan nasihat dia ne berbaur buruk sangka. Mau je aku tinggalkan dia, dan berkawan dengan imaginary friend aku. Tapi hakikatnya, the real me tak boleh dipisahkan dengan the other side of me. Kami SATU. Korang mana faham. Korang tak pernah rase.

Yah, duduk di hadapan komputer berjam-jam membuat kan aku kering, dehydrated, disejat bertalu-talu. Aku  merasa muka aku hampir pucat, bibir aku pun makin kering disejat oleh cahaya dari komputer yang aku dok menghadap ne. Dari pagi, dari pagi aku meng edit. Aku tak tahu kenapa aku mengedit. Adakah aku cemburu tengok blog orang lain lawa?

Mungkin tidak. Aku selalu menjadi insan yang menerima apa adanya. Aku terima blog aku buruk. Apa yang korang nampak lawa selama ni hanyalah imaginasi. 

"Woi dah siap ke ko cakap dalam hati? Kau belum bagitau lagi kenapa kau edit-edit ne" suara si other side of me menyedarkan aku. Minuman yang berada di tangannya diteguk.

"Oih! Kau tak puasa ke?" tak semena-mena mata aku membulat memandangnya. Dahi aku berkerut. Ne kan bulan Ramadhan?

"Aku cuti." Selamba siot si other side of me menjawab.


Aku edit sebab aku bosan. 
Other side of me beransur hilang dari pandangan.


P/s :Sila jumpa dengan pakar runding mental sekiranya anda mengalami perkara di atas. No jokes, only serious.

You Might Also Like

6 Comments