Salam,
Wee. Semenjak Cahya berpindah dari server Sky Around Water, pergi Star Sapphire, memang sunyi juga lah sebab tak byk org Malaysia. Org Malaysia byk kat server SW(sky around water). Tapi nak wat cemana, sebab wang di spend di section server yg Cahya main skrg. Tapi takpa, sebab Cahya kekadang bosan juga kat SW jadi cubalah di SS(star sapphire). SS ne server baru jadi tak ramai org, dan taklah sendat cam kat SW. Hehhe, korang faham ke tak ne? Sbnrnya Cahya crita pasal game Talisman Online ne. Yerlah kat TO, jarang jumpa ngan orang Malaysia, jadi kalo nak cerita excited tuh dgn dorang lain plak drng rasa nanti. Hehe. Kalo Cahya cerita kat blog, umum kan, dan tak sensitif kepada mana2 pihak. upss. ne bukan nak buat bantahan ke apa yerk.
![]() |
| Salah satu sbb Cahya minat psl guild2 ne sbb terpengaruh ngan criter anime Fairy Tail. Syok habis! |
Baiklah, berbalik kepada tajuk blog. Hari ne Cahya nak cerita serba serbi tentang Guild yang Cahya join sekarang ne. Nama guild Cahya adalah Serenity~ketenangan dalam bahasa melayunya. Owner dia ne McShark, ngan Presbyter dia Celestia. Kalau korang nak tahu, mereka ne suami isteri dalam real live. hehe. Malah dorang ne ada anak juga yg sedang membesar. Mesti tak cayekan ada juga suami isteri yg main game sama2 kan? Tapi dorang memang baik, sebab dorang selalu tlng ahli2 dorang dalam memusnahkan boss, atau apa2 sahajalah yang member dorang perlukan. Just ask, betul!, kalo malu bertanya sesat jalan kan.
Guild Serenity ne mc newbie lagi. Baru level 2. New Generation (guild melayu kat SW) dah level 4. Kalau nak tahu ttg NG, cahya ada mention dalam post ne.
Then semalam, kami beramai-ramai buat Guild Quest, kalau kami buat quest ne, contribution points kami kepada guild akan bertambah lantas akan menolong utk meng up level lagikan guild ne. Yeah!. Berulang-ulang kami buat diketuai oleh McShark lah sebab character dia ne berfungsi sbgai tank. Salah satu benda yang seronok kalo buat quest ada tank ne (dalam quest yg low level lah), tak payah bazir tenaga, sebab suma dia yang matikan, kita tak payah buat apa-apa pun, goyang kaki pun bleh. Tapi! Kalo buat begitu rasanya cam tak bertanggungjwb plak jadi adalh tolong sikit2, biarpun sbnrnya tak payah tolong pun takpe. Hehehe.
![]() |
| Sila klik gambar utk tumbesaran mendadak yer. |
Character Cahya dah naik pangkat! Nampak tak gambar tuh, kat bawah chracter Cahya? <Serenity[Officer]>. Daripada Healer-member prgi Healer-Officer. Yay! Finally!, Cahya tak mohon pun pangkat tuh, tapi sbab bos Serenity nampak hardworking Cahya ne (muehehe, pdhal byk terlibat dgn byk guild quest, hardwork la bha tu kan? hehe) makanya dia pun kc naiklah pangkat Cahya. Officer ne kerja dia sebagai krew pendaftaran lah konon. Jadi sesiapa yang nak join guild Serenity bolehlah pm Cahya kat section Treasures>server Star Sapphire. itupun kalo korang berminat dan dah download kat Talisman Online. hehehe. jgn risau free to play bha TO ne.
Hak2. Bangga sekejap. Skejap jer, jgn lah marah, kalo dah naik pangkat, amanah pun berganda kan? Saja jak nak crita kat sini, nk crita ngan orang Malaysia, sebab kalo nak sampaikan perasaan gembira kat dalam game nanti dorang salah faham plak dek pelat english Cahya yang masih parak ne. Hua3.
P/S : happy ending? lom lagi, 10 days challenge lom habis nak hepi ending cemana. haha, malam ne bru wat kot, InsyaAllah kalo tak mati karen. :p
Salam, akhir-akhir ne Cahya sibuk lah sangat (kononlah) meng uplevel kan character dalam TO. Hehe. Dalam post kali ne nak bgtau cemana sebenarnya Cahya jumpa dan falling in love dalam TO ne.
Kira-kira beberapa tahun yg lalu, kalo korang nak tahu, boy Cahya sorang yang sangat suka men game. Game yg dia suka main World of Warcraft. Kalo gamers2 yg suka ngan WoW atau DOTA tahulah apa benda tuh. Kekadang boy Cahya ne sampai tak terlayan Cahya gara-gara men game ne lah. Tapi sekarang tak lagi tak layan lah, dia tak berani dah tidak menumpukan perhatian pada Cahya, sebab Cahya ne susah dipujuk. Hehehehe.
Then, bila tgk boy Cahya main, memang best lah tgk seni visual dia, leh chatting, ada emotions dan byk features, Cahya pun buatlah keputusan nak main juga. Tapi yg boy Cahya ne maen game yg bayar punya, jd Cahya tak nak lah guna duit dulu, bg Cahya dulu buang duit dalam game, near to useless. Tapi sekarang tak lagi fikir begitu, asalkan duit tu duit kita, kita dapat secara halal (means dr titik peluh kita sendiri apa salahnya guna kan). Org kalo dah minat, spend duit ibarat tutup sebelah mata je. Makanya Cahya pun search lah dlam C.net Download, free online games. Then jumpalah TO.
Cahya masih ingat lagi, kali pertama reaksi Cahya pada game ne. Muka beriya-iya, berlumba-lumba nak level up (masa tuh awal form 4). Mak Cahya masuk bilik nampak Cahya men game, Cahya pun kata kat dia, "mak, syok betul main game ne mak, mama mau try?", siap pelawa mak Cahya lagi, haha tapi ditolak bulat-bulat. Kui2. Pengalaman first maen game ne memang tak dapat lupa, senyuman lebar macam mau terkoyak sudah mulut.
Tapi manusia berubah kan, sumanya neofilia, berabis pada permulaan masa, last2 boring juga. Then Cahya berhenti sampailah tyme SPM tuh baru maen balik. Maen smpai subuh dah tak perasan dah, walhal, paginya tuh ada kertas periksa, tyme tuh jiwa tak nak belajar, jd nak wat camner. Lupa plak paper SPM apa pg tuh, alhamdulillah lah keputusan baik2 jer, kalo tak main game lagi cemerlang kot. Tapi nak wat apa benda dah lepas.
![]() |
| Res 8-bit, jd tak berapa trang lah. hehe |
Dulu tyme first2 main kat server Sky Around Water, di section Genesis, sebagai fairy. Jumpa dgn Guild NewMillennium yng diterajui oleh anak jati Malaysia. Ramai org Malaysia, jd syoklah, semangat nak maen game tuh berkobar-kobar since main dgn rakan yg sebangsa ngan kita. Rasa seronoknya sgt2 best lah tyme tuh. Ramai kenalan dari pelusuk Malaysia bekerja sama untuk memajukan Guild NM. Sama-sama sambut puasa, sama-sama beraya. haha. Tapi sekarang Cahya dah berpindah ke server baru, nak ubah selera lah katakan. Dan setahu Cahya ketua NM dah tukar ke guild baru iaitu New Generation masih lg di server Sky Around Water. Sebab NM kena hack. :(.
Jadi sesiapa yg terasa nak main tuh leh lah usaha download kat TalismanOnline, wat akaun pas habis downlod, install trus tuh pg section Treasurers kalo nak jumpa Cahya key. =p.
P/S : Pegi page Talisman Online kat barisan page Cahya, utk tahu lebih lanjut key. :)









