Assalamualaikum wbt.
EPGM is a short form for Eyqa Personal Game Review.
Satu lagi kes pembunuhan bersiri perlu diselesaikan!
Saya memang seseorang yang sentiasa meminati kisah ber genre misteri dan detektif. Peminat besar untuk siri Sherlock Holmes kini anda dah jumpa! Cuma buku Sherlock Holmes mempunyai bahasa Inggeris yang agak rumit jadi saya pun tidak seberapa suka melayannya melainkan kisah di pawagam sahaja.
Setelah membuat sedikit pencarian fakta, ternyata permainan ini di adaptasi dari sebuah novel detektif terkenal yang ditulis oleh Agatha Christie. Scara jujurnya ini adalah pertama kali saya menjumpai nama itu. Mungkin sahaja novel ini tidak terkenal di Malaysia atau hanya saya yang tidak mengambil perhatian tapi keduanya hanya kemungkinan sahaja. Dan sejujurnya juga, permainan ini mempunyai kekuatan nya sendiri. Dan saya juga terkejut bagaimana ia 'mengikat' rasa ingin tahu saya sehingga ke akhirnya.
