There been a burning in opposite block.

12:16 AM



Salam,
Alhamdulillah, hari ne selesai satu beban tugas untuk diringankan. Aspresasi seni pembentangan dah habis yay! Aku selaku keturunan bajau (tajuk perbentangan adat perkahwinan bajau) bawalah pelamin pengantin atau bagi bajau sebelah kami panggil turunan. Setiap tirai ne ada maksud tau. Untuk membuat dia pun memerlukan seseorang yang tahu dan arif akan susur galur kehidupan kami. Tapi malangnya ramai yang tidak tahu akan benda2 ini. Assumption selepas google dalam internet. hehe.

Ui Kebakaran ui!
Ah, itu hanya intro aku ada crita selepas aku perbentangan tadi pukul 9 habis, so my daddy datang amik d ums, aku bawa turunan tuh kan tapi selembar jak lah, kalau korang masih sangsi mana satu turunan yang aku maksudkan blehlah rujuk gambar di bawah yer. Yang aku dan keluarga aku waris, ada lima lembar. Aku bawa yang paling kecik. Korang tak tahu cemana aku first buka, turunan tu digulung dalam beg plastik secara bertindih lima kesemuanya, benda tuh panjang dan berat lah. Tapi gadis ayu cam aku ne mampu juga angkat lah. hee.
Gambar ku rembat masa kazen aku kawen

Jadi masa pulang dari dewan kuliah tuh aku nak pulang sat kat dorm, nk ambil barang lah untuk bawa pulang umah, tapi masa nak naik tuh, ada sekatan jalan raya plak, jadi aku terpaksalah jalan kaki dari bawah bukit nek menuju blok aku untuk amik barang. Memandangkan utk pembentangan tuh aku bawa selembar turunan je, ada empat lagi kat dalam dorm yang aku perlu angkat. Benda tuh kan warisan keluarga, kenalah jaga bek2, kang ada nenek moyang marah sepa yang susah? Aku lah, bukan kamu. :P

Masa aku nek atas nak amik barang tuh, heran jua kenapa ada sekatan jalan raya, and macam banyak orang je, rupa2nya ada kebakaran pula kat blok G, aku kat blok E, makanya dalam satu blok sejalah jarak pemisah kami. Ada ambulans, polis suma datang. Urang pun tak kurang ramainya, pakai pijama, seluar pendek, macam durang pulak mangsa kebakaran. Banyak juga yang tolong, tolong pa? Tolong uplod gambar kebakaran dalam fesbuk. Aku ne, aduii. Tapi aku faham, dorang sebagai pemerhati merangkap paparazi tanpa gaji. Aku jalan trus masuk dorm angkut suma barang.

Macam urang mau pindah umah, lukis bajet kurus ah. :P


Aku bawa backpack, beg laptop aku sisih siring, and aku bawa tirai tuh dengan kedua belah tangan. Untuk turun g tempat parking daddy aku terpaksalah melalui blok yang kebakaran tuh tadi. Aku sedar, ada udah bomba datang. Aku pun lalu lah. Memandang keadaan aku yang macam tergesa-gesa, dengan bacpacknya, beg laptopnya tambah g tirai yang aku balut dengan plastik itam tuh. Bermacam-macam assumption lah aku fikir. Macam bilik aku pula yang kebakaran, macam aku ne sibuk mau kasih pindah barang. Haha. Semangat koe joe! padahal mau pulang umah. Ne betul2 macam mangsa kebakaran. Sudahlah dengan peluhnya lagi. Ahh aku men bantai jak limpas. Aku peduli apa. Yang penting tirai ne mesti antar umah malam ne jua. Hee.

Okey tata, modop lu. :)

You Might Also Like

3 Comments